Ini adalah cadangan menu pemakanan ketika anda menjalani program diet ALSDII. Anda perlu lebih kreatif untuk mempelbagaikan jenis makanan (Asalkan anda tidak memakan karbohidrat dan gula melebihi 35hm sehari) supaya kita lebih banyak pilihan dan tidak cepat jemu melihat makanan yang sama setiap hari. Nikmatilah makanan anda sepenuhnya dan ubahlah cara pemakanan lama yang tidak seimbang kepada yang baru supaya anda tetap dapat menurunkan berat badan.
Sarapan Pagi:
1. Telur – mata kerbau,setengah masak, omelette,scramble egg
2. Sosej – bakar, goring, rebus
3. Burger daging/ Ayam - goreng salut telur
4. Jejari ikan – “chunky” dan kurang tepung
5. Ayam kukus berempah
6. Setiap hidangan beserta salad, tomato dan salad dressing yang rendah karbohidrat
Makan Tengahari:
2. Tauhu & Tempe – Sebagai ganti nasi
3. Yong Tau Fu dengan Kuah Sup – jangan ambil jenis berkarbohidrat & kuah coklat yang manis
4. Sate Ayam & Daging – Jangan ambil sate yang manis & kurangkan mengambil kuah kacang
Makan Malam:
2. Western – chicken chop, lamb chop, steak, barbecue (Anda perlu berhati-hati kerana gravy mengandungi karbo)
3. Japanese – Tanpa pulut, nasi atau tempura
4. Steamboat
5. Setiap hidangan beserta salad, tomato dan salad dressing yang rendah karbohidrat
Supper/ Snek:
1. Keropok Belinjau (Ada 6 – 10 karbs setiap pek)
2. Tempe goreng (Bahan soya masing2 ada 30 karbs)
3. Tauhu Goreng ( Lebih kurang 2 gm karbs setiap keping)
4. Jejari Ikan ( Lebih kurang 2 - 4 gm karbs setiap keping)
5. Kekacang (Gajus paling tinggi karbs,Macademia/ Almond rendah karbs)
Nota:
1. Makanan yang diproses seperti sosej, daging burger, fishfingers, nugget ayam,drummet dan seupamanya masih mengandungi karbohidrat lebih kurang 2 – 4 gram setiap keeping
2. Makanan daripada bahan soya seperti tauhu, tempe, air soya tanpa gula,taufufa tanpa gula dan seumpamanya bukan daripada jenis protein isolate dan masih mempunyai 30 gram karbohidrat bagi setiap 100 gram makanan.
3. Janganlah mengambil lebih daripada 35gram net karbohidrat sehari agar badan masih membakar lemak
4. Kalau makan di luar ambil sahaja lauk pauk dan sayur,grill chicken, ikan bakar, lamb/chicken chop dan berhati-hati akan karbohidrat yang tersembunyi pada gravy/kuah blackpepper atau sos cendawan.
5. Kebanyakan sos tomato dan sos cili mempunyai kandungan gula dan karbohidrat yang tinggi. Baca dahulu label makanan di belakang makanan tersebut dan lihat berapa kandungan karbohidrat setiap saiz hidangan
6. Kuah untuk stik/lamb/chicken chop dan yong tau fu mempunyai kandungan karbohidrat yang tinggi.
7. Buah-buahan juga mengandungi kandungan gula yang tinggi. Elakkan daripada mengambilnya sementara anda berdiet.
P.S. 1. Menu ini adlah panduan umum sahaja. Anda patut merujuk kepada pakar pemakanan.
2. Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai ALSDII, anda boleh menghubungi saya di 019 27327611
No comments:
Post a Comment