Alpha Lipid SDII adalah satu
program diet yang berasaskan ketosis iaitu proses semulajadi pembakaran lemak
kepada tenaga. Oleh itu, tahap pembakaran lemak boleh diukur dengan menggunakan
KETONE STRIP atau lebih dikenali sebagai Keto Stick. Masa terbaik untuk
melakukan pemeriksaan adalah pada hari ketiga (3) hingga hari ketujuh (7) anda
mu;a mengambil Alpha Lipid SDII.
Cara penggunaan Keto Stick:
Lakukan ujian ke atas air kencing
anda sebaik-baiknya di awal pagi sebelum mengambil sebarang makanan atau
minuman:
1. Celupkan
Keto Stick ke dalam air kencing selama 1-2 saat
2. Pastikan
bahagian depan Keto Stick yang terdapat kertas ujian tercelup ke dalam air
kencing sepenuhnya.
3. Tunggu
sehingga 60 saat (1 minit) untuk Keto Stick menghasilkan warna.
4. Bandingkan
keputusan ujian dengan jadual Keto stick.
Keputusan Air Kencing(Berdasarkan
Warna/ Petunjuk):
1. Putih
-
Pengambilan Karbohidrat berlebihan dan terlalu
tinggi untuk mengalakkan pemecahan lemak.
-
Lemak tidak dibakar
-
Tindakan: Anda
perlu memeriksa semula makanan yang telah diambil. Pastikan jumlah karbohidrat
yang diambil TIDAK MELEBIHI 35GM SEHARI.
2. Merah
Jambu (Pink)
-
Bacaan yang ideal atau sesuai yang menunjukkan
pembakaran lemak sedang aktif berlaku. Menu pemakanan yang diambil adalah
bersesuaian dan kadar air di dalam badan adalah mencukupi.
3. Ungu
-
Anda kekurangan air di dalam badan. Jumlah
pengambilan karbohidrat juga terlalu kurang.
-
Tindakan: Perlu banyakkan
pengambilan air kosong, sekurang-kurangnya 2 liter atau lapan (8) gelas setiap
hari dan tambahkan sedikit karbohidrat dalam menu pemakanan anda.
Ini adalah cara untuk mengukur
tahap pembakaran lemak anda dengan menggunakan Alpha Lipid SDII. Ia satu cara
yang sistematik.
http://www.facebook.com/pages/Jom-Kurus-Tanpa-Berlapar-Bersama-Alpha-Lipid-SDII/231192713641372
No comments:
Post a Comment