Mulakan Hidup Cara Sihat Bersama Alpha Lipid SDII

Saturday, September 15, 2012

Timbang Berat Badan Pun Ada Caranya….Jom baca!

Kita ingat untuk menimbang berat badan amat senang…Pastikan anda mempunyai alat penimbang berat badan…lepas tu naik je la kat atas penimbang tu dan tengok berapa berat anda masa tu….Itu yang kita semua tahu,bukan?

Rupa-rupanya ada beberapa cara untuk kita mendapat bacaan berat badan yang tepat…..

 
1.    Waktu terbaik bagi menimbang berat badan

-      Elakkan menimbang berat badan semasa anda datang bulan. Ia adalah disebabkan sewaktu datang bulan,berlaku gangguan hormone. Selain daripada emosi yang tidak stabil, tubuh juga menyerap lebih banyak air, oleh sebab itu, berat badan anda berkemungkinan bertambah di antara satu sehingga dua KG.

-      Waktu yang terbaik untuk menimbang berat badan anda adalah seminggu setelah anda datang bulan kerana pada masa itu tubuh anda telah seimbang kembali.

 

2.   Jaga postur badan anda ketika berdiri di atas penimbang

-      Bagi memastikan keputusan hasil timbangan berat badan adalah tepat, pastikan anda berdiri di dalam keadaan yang stabil, anda tidak bergerak-gerak, berjingkit, menaikkan satu kaki atau bersandar pada sesuatu.

 

3.   Keadaan Tubuh Mempengaruhi Hasil Timbangan

-      Jika anda berada di dalam keadaan yang sakit, keputusan berat badan anda adalah amat berbeza berbanding jika anda berada di dalam keadaan yang sihat.

-      Pastikan anda menimbang berat badan anda di dalam keadaan yang sama seperti ketika perut anda kosong sewaktu bangun daripada tidur atau selepas anda  membuang air besar.

 

4.   Berapa Kerap Anda Boleh Menimbang

-      Sebaiknya adalah anda menimbang berat badan anda sekali dalam seminggu

-      Timbang berat badan anda setiap hari Jumaat atau Sabtu dan cuba anda elakkan menimbang berat badan anda pada hari Isnin. Ini adalah kerana pada hari Sabtu dan Ahad merupakan hari-hari di mana anda bersama keluarga untuk menikmati juadah makanan yang sempurna atau anda memenuhi jemputan makan.

-      Timbang pada waktu yang sama setiap minggu dan waktu pagi adalah waktu yang terbaik.
 

Jadi, apabila anda mengamalkan Alpha Lipid SDII, pastikan anda menimbang berat pada waktu yang sesuai seprti tips yang diberikan di atas agar hasil timbangan adalah tepat.

Hubungi saya di 0192732611 untuk mengetahui tentang Diet Terbaik dengan Alpha Lipid SDII.
http://www.facebook.com/#!/pages/Jom-Kurus-Tanpa-Berlapar-Bersama-Alpha-Lipid-SDII/231192713641372

No comments:

Post a Comment